Chai Kim Sen

Chai Kim Sen (Bahasa Cina: 蔡金星, c. 1964 - 15 Mac 2021) adalah seorang ahli politik Malaysia dan bekas Senator dari 2014 hingga 2020.[1][2] Beliau juga seorang ahli Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung dalam parti itu[2] dan juga Ketua MCA bahagian Seputeh.[1]Lahir di Kuala Kangsar, Perak, beliau menuntut perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (kini Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman).[1] Beliau dikurniakan 2 anak dengan isterinya.[1]Beliau meninggal dunia pada 15 Mac 2021 akibat barah.[1][2] Dilaporkan, beliau tidak pernah memaklumi keadaannya kepada orang-orang lain.[2]